8 April 2015 : Majlis Perasmian Pelancaran Operasi Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus, Terengganu.
Isnin, 13 April 2015
Rabu, 8 April 2015
Terengganu Perintis Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat
![]() |
| Dato’ Ahmad Razif besama peserta Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. Foto oleh Harish Fadzillah |
Terengganu muncul negeri pertama mengadakan Kolokium Pelan Aspirasi Rakyat sebagai platform utama untuk memperkasakan pentadbiran kerajaan negeri yang mengutamakan prinsip inklusif, `suara rakyat suara keramat’.
Bengkel dua hari yang bermula hari ini, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, menghimpunkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata program yang pertama kali diperkenalkan itu sebagai medan mendengar dan mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah rakyat dari peringkat akar umbi di seluruh negeri Terengganu.
“Kita mahu menyelesaikan masalah rakyat sebagai asas untuk memperkasakan pentadbiran negeri dan merealisasikan matlamat Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang bermaksud Terengganu TerBersih dan Telus,Team (Berpasukan), Berkhidmat yang merangkumi Transformasi Ekonomi, Transformasi Kerajaan dan Transformasi Politik .
“Konsep inklusif dalam TTB itu sendiri bagi meraikan suara rakyat sebagai input pembangunan kerana setiap program pembangunan seharusnya mengikut apa yang rakyat mahu, bukan apa yang kita (pentadbiran) hendak.
![]() |
| Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Transformasi Terengganu (Putra), Dr Wan Ashaari Wan Ismail. |
“Pada masa yang sama, kita mahu membincangkan mengenai pembangunan daerah yang boleh disegerakan demi kepentingan rakyat, kerana perkhidmatan dan keperluan rakyat menjadi keutamaan kita,” katanya.
Ahmad razif juga mahu kolokium dua hari itu mampu mengenalpasti alternatif paling efisien bagi menyelesaikan masalah infrastruktur dan ekonomi rakyat.
Kolokium bermula dengan pembentangan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu, diikuti Kemaman, Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang.
Manakala pada sebelah malam, pembentangan oleh Pejabat Daerah Setiu serta diakhiri oleh daerah baharu, Kuala Nerus.
Sementara rumusan pembentangan awal dan akhir mengenai kolokium bakal berlangsung esok.
Terengganu Bakal Hadir Dengan Sistem E-Aduan Untuk Pengguna Beri Maklumbalas
Dalam memudahkan para rakyat membuat aduan dan memberikan maklumbalas mengenai sesuatu perkara melibatkan kerajaan dan hal-hal yang berkaitan dengannya, hari ini pihak Kerajaan Terengganu mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan sebuah sistem e-aduan khusus.
Sistem yang akan dikendalikan oleh PUTRA (Pusat Transformasi Rakyat Terengganu) tersebut akan diperkenalkan tidak lama lagi dalam usaha untuk memudahkan pengguna memberi dan menerima maklumbalas, selain selesa berusuran dengan pihak kerajaan. Pengenalan sistem ini dijangka bakal menyelesaikan lebih banyak masalah rakyat dengan lebih efisyen berbanding sedia ada.
Kerajaan Terengganu turut mengatakan yang mana setiap cadangan, maklumbalas atau aduan yang diberikan rakyat akan menerima maklumbalas segera, dan dirujuk menggunakan nombor e-aduan khusus untuknya. Setiap ketua jabatan juga akan diminta untuk melaporkan pencapaian mereka serta beberapa data berkaitan e-aduan ini, terus kepada Menteri Besar.
Inisiatif ini dilihat merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Terengganu dalam usaha menjadikan matlamat negeri maju 2020 tercapai dengan baik.
Langgan:
Catatan (Atom)


















