PENGENALAN PUTRA
Pusat Transformasi Rakyat Terengganu atau ringkasnya PUTRA di tubuhkan oleh
YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman bagi menilai bagi menilai
prestasi dan impak program dasar kerajaan negeri yang sedang dilaksanakan.Ianya
diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif dan akan ditempatkan di Pejabat Menteri
Besar selain itu ia juga akan mempunyai seorang pegawai penyelidik utama
sepenuh masa yang bertaraf profesor.Terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan
bagi mewujudkan satu transformasi baru dalam pembangunan selain dapat menambah
nilai keberkesanan dasar kerajaan yang sedang dan bakal dilaksanakan.
Dalam membantu pengimplementasian fungsi ini, satu
Majlis Perundingan Daerah (MPD) yang akan diketuai oleh Pegawai Daerah dan dianggotai
oleh pemimpin semua peringkat dimana mereka akan diberi tempoh tiga bulan
menyediakan pelan aspirasi rakyat itu dan hasilnya akan dilaporkan kepada Putra
secara berkala.Di samping itu juga , Putra juga akan bekerjasama dan mendapat
khidmat pakar dari Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan pihak swasta bagi
membangunkan lagi negeri ini.seriring dengan
kemajuan teknologi masa kini dalam usaha mengimbangi arus globalisasi
,Putra juga mendapatkan khidmat kepakaran akan memberikan fokus kepada lima kluster
pembangunan iaitu Pendidikan, Ekonomi yang merangkumi sektor pelancongan,
industri dan pelaburan, Pembangunan Belia dan Sukan, Sosial (Agama dan Kualiti
Hidup) serta Pembangunan Politik. Setiap kluster akan dianggotai oleh beberapa
pakar dan bertanggungjawab menyumbang kepakaran masing-masing bagi tujuan
penambahbaikan dan pengujudan program baharu untuk dilaksanakan oleh kerajaan
negeri. Selain itu mereka juga akan membantu barisan exco yang terlibat bagi
memberi idea untuk memajukan kluster masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan